Selasa, 02 Februari 2010

Bencana Lidah

Bismillahirrahmanirrahim;

Saudaraku kaum muslimah seperti kita ketahui bahwasannya perbuatan memfitnah, tuduh menuduh, menyindir, menyebarkan khabar angin (gosip), berita palsu, memberitahukan keburukan orang lain dan berprasangka buruk semakin menjalar dalam masyarakat Islam.

Semua perbuatan itu umumnya datang daripada lidah yang tidak bertulang yang lebih berbahaya daripada mata pedang yang terhunus hingga memungkinkan akibat buruk kepada manusia seluruhnya. Oleh itu, Islam daripada awal lagi mengingatkan ummah mengenai bahaya lidah yang dianugerah Allah. 
Allah berfirman yang artinya: “Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati).” (Surah al-Baqarah, ayat 217)
Dan
Rasulullah bersabda : “Kebanyakan dosa anak Adam adalah kerana lidahnya.” (Hadis riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Perlu kita pahami bahwa walaupun lidah adalah anggota tubuh badan manusia yang kecil  menghiasi kesempurnaan makhluk ciptaan Allah, namun lidah mempunyai peranan agak besar dalam kehidupan manusia.

Pada suat saat, lidah boleh memuliakan dan mengangkat derajat seseorang dan dalam saat yang lain, lidahpun mampu menghina serta menjatuhkan seseorang. Malah, lidah juga berupaya membawa kejayaan dan tidak kurang menyebabkan kegagalan. Maka, tidak heranlah orang tua jaman dulu pernah berkata “gara-gara api kayu bisa  terbakar menjadi debu, gara-gara mulut badan bisa binasa.”

Menyadari kedudukan lidah, Rasulullah SAW pernah bersabda : “Ketika seseorang memasuki pagi yang hening, seluruh anggota tubuhnya akan berlutut merayu kepada lidah seraya berkata: Hendaklah engkau bertakwa kepada Allah kerana kami sangat bergantung kepada engkau. Apabila engkau beristiqamah, kami pun akan turut sama beristiqamah. Sebaliknya jika engkau menyimpang daripada jalan yang benar, kami pun turut menyimpang.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Hadis itu menjelaskan bahwa lidah umpama pisau bermata dua. Ia boleh hadir sebagai rahmat kepada manusia tatkala ucapannya terselit unsur nasehat dan ketaatan kepada Allah dan pada masa sama, boleh membawa sembilu dan kepedihan kepada umat manusia jika lisannya mengatakan hal-hal yang tidak dilarang.

Gambaran ini amat jelas. Contohnya, khabar angin atau gosip yang disebarkan oleh seseorang tentang perceraian artis, tetangga maupun sanak saudaranya yang dikemas untuk menjatuhkan seseorang tersebut, padahal kabar yang disampaikan tidak benar sama sekali dan bagi orang yang menyebarkan atau pun sengaja bergosip maka dosanya akan besar.

Begitulah peranan lidah yang mengundang bahaya yang tersembunyi di balik keindahan bahasa yang terungkap.   Mengikut perspektif Islam, lidah melambangkan identiti seseorang, apakah dia bertakwa dan beriman kepada Allah atau sebaliknya.
Rasulullah SAW bersabda  : “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata dengan perkataan yang baik-baik atau dia berdiam saja. (Hadis riwayat Bukhari)
Insan beriman dapat memelihara lidahnya daripada perkara batil dan dilarang Islam. Insan beriman dan bertakwa akan menggunakan lidahnya dengan perbuatan kebajikan dan bermanfaat kepada umat manusia serta mengelakkan diri daripada perkara yang dzalim.
Allah SWT  berfirman : “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan serta perkataan sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)
Allah SWT menyediakan panduan bagaimana lidah seseorang yang beriman untuk sewajarnya disalurkan dan dimanfaatkan kerana setiap perkataan yang terkeluar akan direkam oleh malaikat Allah.

Alangkah berbahagia dan beruntungnya seorang beriman yang menyumbangkan kebaikan dan kedamaian alam sejagat melalui ungkapan kata-kata yang sentiasa bermakna dan bermanfaat.
 
Oleh karena itu, maka kawan-kawanku kaum muslimah hendaklah sentiasa berwaspada ketika bercakap dan bertutur baik dengan saudaranya maupun orang lain serta memelihara lidah daripada melakukan perbuatan yang tercela dan dilarang Allah.  Dan disini saya ingin mengajak kepada teman-temanku kaum muslimah untuk menapis dan menyaring terlebih dulu khabar berita atau fitnah yang tersebar supaya kita tidak terperangkap dengan dosa yang merugikan kita kelak. 


Wassalam;
Kartini Hadi Santoso.

0 komentar:

Posting Komentar